Sidang Bumi di Rio Hutan_tropika

Apakah jalan penyelesaian kepada isu alam sekitar, perhutanan, pembalakan dan isu hutan tropika khususnya. Ada baiknya setiap negara mematuhi kerangka yang dikeluarkan di Persidangan Puncak Bumi di Rio Jeneiro.

Malangnya masih banyak negara masih bertangguh dalam perlaksanaannya. Ini termasuklah kepentingan untuk menjimatkan kos pengeluaran barangan di sesebuah negara dan mendapatkan bahan mentah seperti petroleum.

Negara membangun mengharapkan rancangan pembangunan diteruskan dengan kadar yang lebih cepat bagi mengurangkan beban kemiskinan rakyat. Sumber-sumber ekonomi mesti diransang dan dipelbagaikan ,khususnya sektor industri dan pertanian.

Negara maju hendaklah membantu dengan pemindahan teknologi dalam pelbagai bidang. Jika sekiranya negara maju memindahkan teknologi penebangan balak, maka pembaziran hutan dapat dikurangkan. Begitu juga dengan teknologi pertanian yang dapat mengurangkan kadar penebangan hutan untuk kawasan pertanian.

Contoh terbaik ialah sawah padi yang kecil di Jepun amat kecil keluasannya tetapi mampu menampung keperluan rakyatnya.

Selain itu pasaran negara maju hendaklah dibuka seluas-luasnya kepada barangan dari negara membangun. Jika ada sekatan, barangan yang bermutu rendah ini tidak dapat bersaing di mana-mana negara dan pada akhirnya terpaksa menebang hutan.

Berhubung dengan alam sekitar, negara membangun menegaskan kaedah pemuliharaan lebih sesuai berbanding dengan kaedah pengawetan. Pengawetan ialah kaedah penjagaan alam sekitar yang tidak langsung 'menjejaskan sebarang komponen ' alam sekitar.

Dengan perkataan lain, kegiatan pembangunan tidak boleh dijalankan biar apa alasannya kerana sedikit sebanyak akan menjejaskan alam sekitar secara kualitatif dan kuantitatif. Pemuliharaan pula ialah kaedah saintifik bagi memastikan kegiatan pembangunan tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar, menerusi pelbagai langkah secara fizikal dan biologikal